TADABBUR ALAM
Jumaat, 1 Oktober 2010
MENJEJAKI MAT KILAU TRAIL
Ekspedisi menjejaki Laluan Mat Kilau di sempadan Pahang dan Terengganu.
Nama Mat Kilau kian dilupai oleh generasi muda hari ini. Kalau ada pun mungkin sebagai bahan bacaan dalam buku sejarah untuk peperiksaan. Tahukah anda bahawa beliau ialah salah seorang pahlawan Melayu yang bangun menentang penjajah Inggeris di lapangan. Beliau bermula dengan menanam semangat memerdekaan tanah air di kalangan penduduk setempat.
SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU
Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang. Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau.
Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus. Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya.
Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata. Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada Allamah Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya.
Sekitar tahun 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil tanah oleh pembesar negeri yang dilantik telah diambil alih E.A. Wise, wakil penjajah British. Rakyat Pahang marah dengan tindakan British itu lalu bangun memberontak termasuk para pembesar negeri antaranya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman.
Mat Kilau, pahlawan muda berusia 27 tahun ketika itu muncul membantu perjuangan Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Pahlawan tiga serangkai ini menguatkan pasokan tentera menentang British. Mereka berperang dengan British di Lubuk Terua, Temerloh, Bentong, Jeram Ampai dan Kuala Tembeling.Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Dengan kemahiran selok belok ilmu hutan dan treking Mat Kilau menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini masih digunakan oleh pencari hasil hutan seperti damar dan kayu gaharu dikenali sebagai Laluan Mat Kilau atau Mat Kilau Trail.
Pada 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dengan bantuan Mat Kilau bersama 100 orang pengikut mereka menawan semula Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas di bawah pimpinan Kolonel Walker. Sejak itu mereka terus diburu oleh British dan dilabel sebagai penderhaka. Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kelantan.
Pada 22 Oktober 1895 akhbar The Straits Times melaporkan, "Ketua Penderhaka, Dato' Bahaman telah ditawan pemerintah Siam.” Akhbar The Free Press pula melaporkan, ”Mat Kilau telah melawan apabila ditahan. Akibatnya dia telah cedera parah di muka dan kepalanya. Dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu."
Sebenarnya Mat Kilau tidak mati. Ini disahkan oleh kawan-kawannya iaitu Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lagi.
Disebabkan Mat Kilau telah sedia dicop 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau menyembunyikan identiti dirinya serta berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun 1930, beliau menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat Siam.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, anak Mat Kilau yang bernama Omar Mat Kilau mengiring bapanya ke masjid Kampung Masjid, kampung kelahiran Mat Kilau, untuk solat Jumaat.
Beliau yang memakai serban hitam dan gamis putih diusung dan dipayungi oleh sekumpulan pengikutnya. Selepas solat beliau membaca al-Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau dengan kad pengenalan no. 2044778 atas nama Mohamad bin Ibrahim.
Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa pada 8 Januari 1970 dan beberapa orang ditemuramah bagi mengesahkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya ialah Mat Kilau. Pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.
Empat hari kemudian pada 10 Ogos 1970 Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur ketika berusia 105 tahun.
Mat Kilau Trail
Saya mula berasa dekat dengan perjuangan Mat Kilau ketika berulang alik sepanjang Sungai Tembeling menaiki bot panjang dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan awal tahun 80-an. Saya mengikut ayah (arwah bapa mertua) meneroka tanah pertanian, membangunkan pusat pelancongan dan mencari kawasan kayu balak di pinggir Sungai Tembeling dan Sungai Tekai.
Ketika itu jalan raya dari Jerantut ke Taman Negara belum lagi dibina. Yang ada cuma lorong lori balak. Ayah bercerita inilah jalan yang dilalui oleh Mat Kilau serta pengikutnya ketika berundur mengatur strategi untuk melawan British. Mat Kilau mudik Sungai Tembeling hingga ke kaki banjaran Titiwangsa, mengikut jalan darat mendaki banjaran dan turun hala ke barat di Terengganu.
Sejak itu laluan itu telah menyambungkan dua negeri. Penempatan dan perkampungan mula didirikan. Mereka bersaudara melalui perkahwinan. Saya mula memasang azam, “Satu hari nanti saya mesti menjejaki laluan Mat Kilau ini!”
Cita-cita ini terpendam hinggalah pada suatu hari saya bertemu dengan seorang sahabat anggota Kelab Motor Berkuasa Besar Kawasaki ketika mengadakan Misi Kemanusiaan Dakwah ke perkampungan orang Asli Batu 55, Maran, Pahang. Namanya al-Raubi. Al-Raubi telah mengadakan riki hingga ke permulaan laluan Mat Kilau Trail. Maka kami pun bergabung dengan Kelab Tadabbur Alam, sayap lasak Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) merancang untuk mengadakan ekspedisi yang dinamakan MENJEJAKI MAT KILAU TRAIL.
Matlamat Ekspedisi
• Mendokumentasikan dan mengambil foto perjalanan bersejarah pahlawan Melayu Mat Kilau.
• Mengenali penduduk, alam sekitar, flora dan fauna laluan.
• Aktiviti lasak yang sihat di kalangan remaja.
Pilihan Laluan Mat Kilau
Mengikut sejarahnya terdapat sekurang-kurangnya lima laluan yang pernah digunakan oleh Mat Kilau. Bagaimana pun hanya dua laluan pertama yang masih digunakan dengan meluas:
1. Laluan dari Terengganu ke Pahang bermula dari Kampung Pasir Raja, Dungun ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk ditamatkan.
Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua buah negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan juga laluan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu. Laluan ini juga paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.
(sertakan peta besar yang menjadi latar kembara kali ini)
2. Laluan dari Pahang ke Perak bermula dari Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raub hingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan sejauh 34 kilometer ini mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk ditamatkan jika bermalam.
(sertakan peta)
3. Laluan dari Pahang ke Kelantan bermula dari Sungai Tembeling di Taman Negara Pahang hingga ke Sungai Pertang di Hulu Kelantan.
(sertakan peta)
4. Laluan dari Jerantut, Pahang ke Pasir Nering, Hulu Terengganu yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.
5. Laluan dari Jerantut ke Gua Musang, Kelantan.
Cabaran Mat Kilau Trail
Ekspedisi kita memilih laluan pertama. Laluan ini menyongsong laluan awal Mat Kilau. Ia bermula dari bandar Muktafabillah di Terengganu merentas banjaran Titiwangsa, menurun ke Sungai Larut dan Sungai Tembeling hingga ke Kuala Tahan, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Laluan ini akan melalui 6 fasa:
• Menaiki bas ekspres.
• Menaiki kenderaan 4 pacuan roda.
• Treking hutan dan gunung.
• Treking alur sungai.
• Berakit.
• Menaiki bot panjang.
Ekspedisi ini melalui beberapa laluan mencabar (medium core) seperti mendaki dan menuruni banjaran (range) sejauh 37km, menghiliri sungai selama 4 - 5 jam dengan mengharung, beranyut (floating), berenang (jika perlu), menaiki rakit dan bermalam di tengah hutan.
Penyertaan Dibuka
Penyertaan dibuka kepada semua yang berminat sehingga 30 November. Ekspedisi bermula 23 hingga 28 Disember. Kami akan memilih cuma 15 orang untuk menyertai ekspedisi ini.
Siapa Peminat Ekspedisi Mat Kilau Trail
• Penggemar sukan lasak.
• Pencinta alam.
• Pelajar dan ahli sejarah.
• Fotografer.
• Pelancong.
Kriteria Pemilihan Peserta
• Benar-benar bersedia dari segi mental.
• Sihat tubuh badan dan fizikal.
• Ada semangat berkerjasama / kerja berpasokan / bergotong-royong.
• Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
• Mencintai alam semulajadi (eco-friendly).
• Ada kemahiran treking, survival dan fotografi.
Peralatan dan Barangan Asas Peribadi
• Khemah.
• Alas tidur & selimut.
• Air minuman.
• Bahan mentah tambahan.
• Lampu suluh.
• Parang.
• Plastik untuk melindungi barang daripada basah.
• Life jacket (wajib).
• Dapur.
Tentatif
Hari Tarikh Tahap Laluan Jam Agenda
1 23 Dis 2010 Mudah 9.00 malam Menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur.
2 24 Dis 2010 Sederhana 3.00 pagi Sampai di bandar al-Muktafibillah, Terengganu. Naik kenderaan 4X4 ke Kuala Jengal.
6.00 pagi Solat Subuh dan sarapan pagi di Kuala Jengal.
10.00 pagi Melawat Kubu Mat Kilau.
12.00 tengah hari Ke Air Terjun Lata Keling dengan kenderaan 4X4 melalui Pasir Raja.
2.00 petang Pack lunch di Air Terjun Lata Keling. Mendirikan kemah, tadabbur alam dan unggun api.
3 25 Dis 2010 Lasak Masa: 10 jam Lepas sarapan Mulai treking merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Bukit Lata Keling, Bukit Gelugor dan Gunung Main Angin dan menuruni banjaran hingga ke Sungai Lurut.
Memasang kemah, unggun api dan bermalam.
4 26 Dis 2010 Lasak Sehari Membuat rakit (5 orang / rakit), aktiviti
hutan/sungai / tadabbur alam. Malam ke-2 di
Sungai Lurut.
5 27 Dis 2010 Lasak Masa: 9 jam Lepas sarapan Bertolak dengan rakit menyusuri Sungai Lurut ke Sungai Tembeling melalui Jeram Perahu dan Kampung Mat Darling hingga ke Kampung Bantal.
Bermalam di hostel Kg. Bantal dan aktiviti kebudayaan dengan penduduk setempat.
6 28 Dis 2010 Lasak Masa: 10 jam 8.00 pagi Menaiki bot panjang ke Kuala Keniam dan melawat Gua Kepayang Besar atau Gua Daun Menari sebelum meneruskan ke Kuala Tahan.
6.00 petang Sampai di Kuala Tahan.
Malam Bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan bas
ekspres.(Pilihan untuk bermalam di Kuala
Tahan dengan perbelanjaan sendiri.)
Perbelanjaan dan Penajaan Ekspedisi
Peserta menanggung kos ekspedisi, namun penaja dialu-alukan untuk membiayai ekspedisi ini.
Kepada yang berminat harap dapat SMS kan
Nam & Alamat penuh untuk saya hantarkan brousar lengkap dengan borang pendaftaran ke Talian 013 3596574 (Rusnah Abu Samah)
Jumaat, 17 September 2010
Daki Gunung Tahan
Kali ini saya nak bawa pendaki daki menawan gunung Tahan yang terletak di negeri kelahiran saya di Pahang Darul Makmur. Jom kita baca sikit tentang gunung yg nak kita daki ni
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.
Laluan mendaki
Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan Kuala Tahan – Gunung Tahan. Laluannya :-
1. Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai – 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. berkhemah di sini.
2. Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
3. Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang – di sana ada 11 bukit.
4. Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
5. Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
6. Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku – 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.
7. Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
8. Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)
9. Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)
10. Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)
11. Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)
12. Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
13. Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)
Anda perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.
Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang. Ambil air di sana dan masak.
Pendakian
Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika dikira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.
Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.
Terpaksa naik bot, tidak ada jalan raya. Bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.
Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan turun hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.
Kronologi berkaitan Gunung Tahan
1. 1875 – Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).
2. 1880 – Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.
3. 1884 – Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.
4. 1893 – H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.
5. 1890 – Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.
6. 1898 – W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.
7. 1902 – Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.
8. 1905 – Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).
9. 1906 – Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.
10. 1912 – Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki.
Rabu, 1 September 2010
MAT KILAU
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.
ekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum. Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.
Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.
Selasa, 27 Julai 2010
Kelab Tadabbur Alam
Sekarang ni saya nak daftarkan Kelab Tadabbur Alam dgn Pendaftar Pertubuhan di Persatuan Belia Sri al Ain. Kalau buat program tu biar ada yg sponsor. Kalau sesiapa yg ingin jawatan dalam kelab ini taliponlah saya, insyallah dlm masa terdekat ini saya akan buat mesyuarat. Antara aktivitinya ialah
1 Mendaki gunung/bukit
2 Berakit/ berkayak
3 Bermotor/berbasikal
4 Meredah hutan belantara kaji selidik sejarah
5 Menaiki keretapi untuk program kem motivasi solat.
Saya rasa tadabbur alam ini adalah satu wadah untuk anak remaja dibimbing untuk mengajak mereka memikirkan tentang ke esaan Allah dan memenuhi keinginan mereka untuk hidup dlm cabaran bukan hayalan.
Saya sekarang ini sedang merangka untuk mendaki gunung Selawah di Acheh bersama dgn anak anak saya di Rumah Anak Yatim Sri al Ain Acheh.
Gunung Selawah ini adalah satu tempat yg menjadi kubu kepada kumpulan Gam (Gerakan Acheh Merdeka) pada satu ketika dulu. Katanya gunung ini sangat indah dan cantik serta banyak khazanah bumi di gunung Selawah ini dan sempena dgn gunung Selawah ini rakyaat Acheh telah memberi nama kapalterbang pertama yg di hadiah oleh rakyaat Acheh untuk Indonesia di namakan "Selawah" dan pesawat ini anda boleh lihat berhampiran dgn masjid Baiturahman.
Dan saya dengarlah Gunung Selawah tempat penanaman ganja di Acheh satu ketika dulu. Tapi walau apapun saya akan tawan gunung Seluawah ini tak lama lagi dan selepas tu saya akan pulau Sabang. Belanja tak banyak, sekitar RM 800 sahaja.
Jumaat, 23 Julai 2010
DAKI PERLAHAN KE BUKIT BROGA
Kali ini peminat tadabbur alam kena perlahankan sikit pendakianya kerana bulan puasa ni letih. Tapi puasa ni tidak menganggu hobi malah akan menguatkan semangat.
Kepada peminat tadabbur alam yang setia kali ini kita daki Bukit Broga di Semenyih dan abadikan sangsuria pagi dari puncaknya.
Tarikhnya pada 22 hb Ogos 2010 bermula jam 6.30 pagi berkumpul di Masjid Raja Muda Semenyih dan terus saja ke Bukit Broga.
Kali in dakinya tidaklah lama macam gunung bunga buah atau gunung datuk. Hanya setengah jam sahaja, kalau orang macam saya ni sejam lah. Kita ramai ramai rakam matahari terbit. Jam 9. 00 pg kita dah boleh turun dan lepak kejap kat bawah untuk taaruf kelab tadabbur alam.
Untuk program ini yuran peyertaanya hanya RM 5 sahaja untuk kelab tadabbur alam.
Kepada peminat tadabbur alam yang setia kali ini kita daki Bukit Broga di Semenyih dan abadikan sangsuria pagi dari puncaknya.
Tarikhnya pada 22 hb Ogos 2010 bermula jam 6.30 pagi berkumpul di Masjid Raja Muda Semenyih dan terus saja ke Bukit Broga.
Kali in dakinya tidaklah lama macam gunung bunga buah atau gunung datuk. Hanya setengah jam sahaja, kalau orang macam saya ni sejam lah. Kita ramai ramai rakam matahari terbit. Jam 9. 00 pg kita dah boleh turun dan lepak kejap kat bawah untuk taaruf kelab tadabbur alam.
Untuk program ini yuran peyertaanya hanya RM 5 sahaja untuk kelab tadabbur alam.
Khamis, 15 Julai 2010
Urut Betis
Ha besok kita semua yg dah daftar nak daki Gunung Bunga Buah kena urut betis, bagi panas urut dgn minyak panas biar urat urat dalam tu kuat sikit.
Ummi tulis ni bukan apa sebab pengalaman sendiri sakit betis, sebenarnya bukan sakit betis sangat tapi suka orang urut betis kita. Sedap urut betis ni.
Ho ya dah buat persiapan ke? nak daki gunung bunga buah ni bukan senang seperti gunung lain, kena minta kebenaran dari 3 balai polis, susah kerjanya.
Kalau pendaki tak daki sungguh sungguh tak berbaloi ummi minta kebenaran.
Buat persiapan awal tau, jangan ada yg tertinggal dan yg penting air tu bawa lebih sikit. Manalah tau tengah malam sakit perut dan nak ingat sebelum panjat tu jangan makan kat kedai mamak tau sebab kalau makan kat kedai mamak perut selalu meragam .
Langgan:
Catatan (Atom)