Selasa, 27 Julai 2010

Kelab Tadabbur Alam


Sekarang ni saya nak daftarkan Kelab Tadabbur Alam dgn Pendaftar Pertubuhan di Persatuan Belia Sri al Ain. Kalau buat program tu biar ada yg sponsor. Kalau sesiapa yg ingin jawatan dalam kelab ini taliponlah saya, insyallah dlm masa terdekat ini saya akan buat mesyuarat. Antara aktivitinya ialah
1 Mendaki gunung/bukit
2 Berakit/ berkayak
3 Bermotor/berbasikal
4 Meredah hutan belantara kaji selidik sejarah
5 Menaiki keretapi untuk program kem motivasi solat.

Saya rasa tadabbur alam ini adalah satu wadah untuk anak remaja dibimbing untuk mengajak mereka memikirkan tentang ke esaan Allah dan memenuhi keinginan mereka untuk hidup dlm cabaran bukan hayalan.

Saya sekarang ini sedang merangka untuk mendaki gunung Selawah di Acheh bersama dgn anak anak saya di Rumah Anak Yatim Sri al Ain Acheh.

Gunung Selawah ini adalah satu tempat yg menjadi kubu kepada kumpulan Gam (Gerakan Acheh Merdeka) pada satu ketika dulu. Katanya gunung ini sangat indah dan cantik serta banyak khazanah bumi di gunung Selawah ini dan sempena dgn gunung Selawah ini rakyaat Acheh telah memberi nama kapalterbang pertama yg di hadiah oleh rakyaat Acheh untuk Indonesia di namakan "Selawah" dan pesawat ini anda boleh lihat berhampiran dgn masjid Baiturahman.

Dan saya dengarlah Gunung Selawah tempat penanaman ganja di Acheh satu ketika dulu. Tapi walau apapun saya akan tawan gunung Seluawah ini tak lama lagi dan selepas tu saya akan pulau Sabang. Belanja tak banyak, sekitar RM 800 sahaja.

Jumaat, 23 Julai 2010

DAKI PERLAHAN KE BUKIT BROGA

Kali ini peminat tadabbur alam kena perlahankan sikit pendakianya kerana bulan puasa ni letih. Tapi puasa ni tidak menganggu hobi malah akan menguatkan semangat.

Kepada peminat tadabbur alam yang setia kali ini kita daki Bukit Broga di Semenyih dan abadikan sangsuria pagi dari puncaknya.

Tarikhnya pada 22 hb Ogos 2010 bermula jam 6.30 pagi berkumpul di Masjid Raja Muda Semenyih dan terus saja ke Bukit Broga.

Kali in dakinya tidaklah lama macam gunung bunga buah atau gunung datuk. Hanya setengah jam sahaja, kalau orang macam saya ni sejam lah. Kita ramai ramai rakam matahari terbit. Jam 9. 00 pg kita dah boleh turun dan lepak kejap kat bawah untuk taaruf kelab tadabbur alam.

Untuk program ini yuran peyertaanya hanya RM 5 sahaja untuk kelab tadabbur alam.

Khamis, 15 Julai 2010

Urut Betis


Ha besok kita semua yg dah daftar nak daki Gunung Bunga Buah kena urut betis, bagi panas urut dgn minyak panas biar urat urat dalam tu kuat sikit.

Ummi tulis ni bukan apa sebab pengalaman sendiri sakit betis, sebenarnya bukan sakit betis sangat tapi suka orang urut betis kita. Sedap urut betis ni.

Ho ya dah buat persiapan ke? nak daki gunung bunga buah ni bukan senang seperti gunung lain, kena minta kebenaran dari 3 balai polis, susah kerjanya.

Kalau pendaki tak daki sungguh sungguh tak berbaloi ummi minta kebenaran.

Buat persiapan awal tau, jangan ada yg tertinggal dan yg penting air tu bawa lebih sikit. Manalah tau tengah malam sakit perut dan nak ingat sebelum panjat tu jangan makan kat kedai mamak tau sebab kalau makan kat kedai mamak perut selalu meragam .

Selasa, 13 Julai 2010

BERLANTAIKAN TANAH,BERKELAMBUKAN LANGIT



Muqarobin adalah seorang anakmuda yang hebat, dia mencatat sejarah sebagai seorang belia yang berani menawan gunung, merentas daratan dan namanya adalah sesuai dengan wataknya. Kalau anda mahu jadi Muqorobin anda mesti kuat semangat sepertinya dan hebat sepertinya dan jangan sering teragak agak untuk membuat sesuatu.

Daki gunung ini adalah satu tugasan yg menyeronokan bila dapat menawan puncak. Tapi kalau dah setengah gunung dah letih dan rasa nak turun macamana ye, saya harap janganlah gitu, biarlah sampai kepuncaknya.

Ni pada 17 -18 hb ni kita semua yg telah talipon saya nak daki gunung tunggu kat stesyen minyak petronas di Gombak karak Highway jam 3 ptg kita konvoi ramai ramai dan kalau yg tidak ada kenderaan tu boleh naik van yg saya sediakan.

Ni ingatkan sekali lagi, air minuman tu bawa lebih, lilin,lampu suluh, barang makanan rengan tu boleh bawalah dan beras nak masak nasi untuk makan malam serta sarapan pagi kita goreng mee hoon dan buat air kopi.

Lagi satu kamera caj baterinya awal awal supaya tak kehabisan bateri dan yang ada video camera tu bawa kita ambil gambar bunga.

Kalau tak keberatan bawa sejadah dan tikar bolehlah kita solat berjemaah ramai ramai.
Kalau mana yg dah talipon saya masukan semua nama anda.Semoga misi kita ni berjaya.

Ahad, 11 Julai 2010

MOTIVASI DARI ALAM



Foto: Saya sering ke Acheh dan tengok gunung Selawah dari jauh

Gulai nangka gulai kawah
Makan bersama dalam talam
Mari daki gunung bunga buah
Erat persahabatan di tadabbur alam

Makan nasi perlahan lahan
Makan bersama dalam talam
Jangan lupa bawa bekalan
Supaya tak lapar di tengah malam

Gunung bunga buah ini bukanlah sebarang gunung, iaitu gunung yg di jaga oleh pihak pengurusan genting highland supaya tidak di ceroboh oleh pendaki gunung.

Katanya pemilik genting highland ini gunung bunga buah adalah termasuk dalam kawasan yg menarik dengan bunga bungaan yg semerbak baunya dan pemandangan yg indah.

Rugi rasanya kalau tak naik, gunung bunga buah ini bukan gunung yg mencabar sangat seperti gunung tahan yg akan kelab tadabbur alam akan daki tak lama lagi, katanya jalanya tidaklah semak samun, tapi yg letihnya keadaanya yang turun naik itu aje.

Tapi walau macamana pun peyertaanya masih lagi di buka. Ajak kawan kawan dan tunggu di petronas gombak karak highway jam 3.00 ptg pafa 17hb Julai tau.

Jumaat, 9 Julai 2010

Seminggu Lagi





Hijau nampaknya bukit barisan
Puncak Tangganus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati tak akan hilang.

Pantun ini saja saja ummi tulis sebagai penyedal bicara.

Inilah nak daki Gunung Bunga Buah tinggal seminggu lagi, tak sabar rasanya.

Ummi ini orang kuat sangat semangat nak memanjat gunung ni tak taulah boleh panjat ke tidak. Lutut ni kuat lagi, tapi tak ape kalau pandang puncaknya dari jauh pun OK juga.

Ni lah kepada adik adik yg nak daki tu sediakan barang untuk masak atas gunung tu seperti beras sepot, telur, ikan sadin, roti, biskut dan kalau bawa cokelat pun bagus juga sebab ummi suka makan cokelat.

Khemah jangan lupa dan baju sejuk, dengar cerita atas puncak tu sejuk mengigil dan yang paling kena ingat utk bawa ialah sejadah, telekung, kain sembahyang dan lampu suluh.

Ni haa satu lagi air bawa sendiri sendiri tau. Pastikan cukup untuk ambil wuduk, minum, basuh muka. Tak payah mandilah bila turun bawah baru mandi.

Lagi satu ummi nak ingatkan bawa kemera sebab nak bawa buah tangan dari puncak gunung buah ke bawah gunug dgn foto foto nan indah. Jangan lepas peluang sebab ummi ada bawa pakar dalm bidang fotografi dan pakar motivasi juga. Tak sia sia daki gunung kali ini dan anda semua boleh beramah mesra dgn merekaUntuk daki gunung bunga buah ni ummi sebagai penganjur ada kena sedikit bayaran iaitu sebanyak RM 15 sahaja dan kalau yg nak naik kenderaan dari petronas highway karak gombak tu tambah lagilah RM 20 sebab bayar pengangkutan.

Ok nanti ummi borak lagi dgn anda semua. Selamat bersedia.

Salam tadabbur.

Selasa, 6 Julai 2010

Sungguh Meyeronokan




Pulau Pandan Jauh Ketengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan di Kandung Tanah
Budi Yang baik di kanang Jua

Pada 17 -18 hb Julai ini Kelab Tadabbur Alam akan berkampung di Gunung Bunga Buah,Genting Higland.

2 hari lepas saya ke Balai Polis cawangan genting untuk memohon kebenaran untuk mendaki pada hari yang tersebut, isssh susah juga kebenaranya ye.

Gunung Buah Buah yang terletak didalam kawasan Genting di jaga denga rapi oleh pihak berkuasa . Walau bagaimana pun alhamdulillah permit masuk dah dapat.

Program selama 2 hari ini pengisianya selain dari daki gunung bunga buah maka aktiviti pengisian turut diadakan seperti ceramah santai motivasi oleh Hj Muhammad Zakaria, sesi fotografi dan program masak dan makan bersama sama.

Program daki gunung ini adalah program yang mengabungkan aktiviti fizikal dan mental.

Semoga kelab tadabbur alam ini akan melahirkan para belia yang cergas tubuh badan dan hebat minda.

Segala pertanyaan hubungi saya 013-3596574

Ahad, 4 Julai 2010

GUNUNG BUNGA BUAH


Kelab Tadabbur Alam sekali lagi akan menjalankan aktiviti outdoornya iaiatu mendaki Gunung Bunga Buah, Genting Highland,Phg Pada 17 - 18 hb Julai 2010. Program yang menarik ini terbuka kepada semua para pelajar, remaja dan juga dewasa. Kepada sesiapa yang berminat. Boleh hubung pihak saya dan sms alamat penuh, saya akan kirimkan info untuk anda di talian 013-3596574.