Selasa, 13 Julai 2010
BERLANTAIKAN TANAH,BERKELAMBUKAN LANGIT
Muqarobin adalah seorang anakmuda yang hebat, dia mencatat sejarah sebagai seorang belia yang berani menawan gunung, merentas daratan dan namanya adalah sesuai dengan wataknya. Kalau anda mahu jadi Muqorobin anda mesti kuat semangat sepertinya dan hebat sepertinya dan jangan sering teragak agak untuk membuat sesuatu.
Daki gunung ini adalah satu tugasan yg menyeronokan bila dapat menawan puncak. Tapi kalau dah setengah gunung dah letih dan rasa nak turun macamana ye, saya harap janganlah gitu, biarlah sampai kepuncaknya.
Ni pada 17 -18 hb ni kita semua yg telah talipon saya nak daki gunung tunggu kat stesyen minyak petronas di Gombak karak Highway jam 3 ptg kita konvoi ramai ramai dan kalau yg tidak ada kenderaan tu boleh naik van yg saya sediakan.
Ni ingatkan sekali lagi, air minuman tu bawa lebih, lilin,lampu suluh, barang makanan rengan tu boleh bawalah dan beras nak masak nasi untuk makan malam serta sarapan pagi kita goreng mee hoon dan buat air kopi.
Lagi satu kamera caj baterinya awal awal supaya tak kehabisan bateri dan yang ada video camera tu bawa kita ambil gambar bunga.
Kalau tak keberatan bawa sejadah dan tikar bolehlah kita solat berjemaah ramai ramai.
Kalau mana yg dah talipon saya masukan semua nama anda.Semoga misi kita ni berjaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan