Jumaat, 9 Julai 2010

Seminggu Lagi





Hijau nampaknya bukit barisan
Puncak Tangganus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati tak akan hilang.

Pantun ini saja saja ummi tulis sebagai penyedal bicara.

Inilah nak daki Gunung Bunga Buah tinggal seminggu lagi, tak sabar rasanya.

Ummi ini orang kuat sangat semangat nak memanjat gunung ni tak taulah boleh panjat ke tidak. Lutut ni kuat lagi, tapi tak ape kalau pandang puncaknya dari jauh pun OK juga.

Ni lah kepada adik adik yg nak daki tu sediakan barang untuk masak atas gunung tu seperti beras sepot, telur, ikan sadin, roti, biskut dan kalau bawa cokelat pun bagus juga sebab ummi suka makan cokelat.

Khemah jangan lupa dan baju sejuk, dengar cerita atas puncak tu sejuk mengigil dan yang paling kena ingat utk bawa ialah sejadah, telekung, kain sembahyang dan lampu suluh.

Ni haa satu lagi air bawa sendiri sendiri tau. Pastikan cukup untuk ambil wuduk, minum, basuh muka. Tak payah mandilah bila turun bawah baru mandi.

Lagi satu ummi nak ingatkan bawa kemera sebab nak bawa buah tangan dari puncak gunung buah ke bawah gunug dgn foto foto nan indah. Jangan lepas peluang sebab ummi ada bawa pakar dalm bidang fotografi dan pakar motivasi juga. Tak sia sia daki gunung kali ini dan anda semua boleh beramah mesra dgn merekaUntuk daki gunung bunga buah ni ummi sebagai penganjur ada kena sedikit bayaran iaitu sebanyak RM 15 sahaja dan kalau yg nak naik kenderaan dari petronas highway karak gombak tu tambah lagilah RM 20 sebab bayar pengangkutan.

Ok nanti ummi borak lagi dgn anda semua. Selamat bersedia.

Salam tadabbur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan