Ahad, 11 Julai 2010

MOTIVASI DARI ALAM



Foto: Saya sering ke Acheh dan tengok gunung Selawah dari jauh

Gulai nangka gulai kawah
Makan bersama dalam talam
Mari daki gunung bunga buah
Erat persahabatan di tadabbur alam

Makan nasi perlahan lahan
Makan bersama dalam talam
Jangan lupa bawa bekalan
Supaya tak lapar di tengah malam

Gunung bunga buah ini bukanlah sebarang gunung, iaitu gunung yg di jaga oleh pihak pengurusan genting highland supaya tidak di ceroboh oleh pendaki gunung.

Katanya pemilik genting highland ini gunung bunga buah adalah termasuk dalam kawasan yg menarik dengan bunga bungaan yg semerbak baunya dan pemandangan yg indah.

Rugi rasanya kalau tak naik, gunung bunga buah ini bukan gunung yg mencabar sangat seperti gunung tahan yg akan kelab tadabbur alam akan daki tak lama lagi, katanya jalanya tidaklah semak samun, tapi yg letihnya keadaanya yang turun naik itu aje.

Tapi walau macamana pun peyertaanya masih lagi di buka. Ajak kawan kawan dan tunggu di petronas gombak karak highway jam 3.00 ptg pafa 17hb Julai tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan